SALAM MAAL HIJRAH 1431 buat semua!
Semoga tahun ini adalah lebih baik daripada tahun lepas.Insya-Allah.
20 Disember, 2009
29 November, 2009
20 November, 2009
Jawatankuasa Anugerah Sekolah Cemerlang & Pertandingan 3K 2010
KEBERSIHAN, KECERIAAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN
Cik Zaiwiyah Omar
Puan Siti Fatimah Zakaria
Puan Maisara Othman
Encik Muhammad Shafiq Ab Ghani
KANTIN
Puan Lee Swee Ling
PROJEK KHAS
Cik Shazlin Sulaiman
PROFIL DAN DOKUMENTASI
Encik Mohammad Saiful Saad
Puan Nor Arulliza Suzani A.Rahman
BILIK GURU
Puan Nurhanani Che Rameli
Cik Fatimah Tamjis
BILIK-BILIK KHAS DAN KELAS
Guru berkenaan
ASRAMA
Encik Abdul Aziz Alias
Cik Shazlin Sulaiman
KEMENJADIAN MURID PRA SEKOLAH
Puan Analizah Mohd Dom
KEMENJADIAN MURID PEMULIHAN
Puan Siti Fatimah Zakaria
KEMENJADIAN MURID B&K
Puan Norazura Zahari
BUDAYA SEKOLAH/PENGAKAP ISTIMEWA/KEBUDAYAAN
Oh May Ling
KREATIF DAN INOVATIF
Encik Syahrul Fazli Mohd Nordin

Mesyuarat Kurikulum kali ke-5 2009
Tarikh : 16 November 2009 (Isnin)
Tempat : Kamar Tun Fatimah SKPKM
Masa : 2.00 ptg
Tempat : Kamar Tun Fatimah SKPKM
Masa : 2.00 ptg
Majlis Jamuan Akhir Tahun 2009 merangkap Jamuan Perpisahan Cik Tamilarasi & Puan Siti Norzaliha
Hari Keluarga SKPKM
Kelab Keluarga SKPK Melaka telah menganjurkan Hari Keluarga pada 14 November dari jam 8 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Hutan Rekreasi Ayer Keroh Melaka. 2 aktiviti yang telah dijalankan adalah Senamrobik dan Treasure Hunt. Semua ahli keluarga SKPKM seronok dengan aktiviti pada hari tersebut.
19 November, 2009
HARI 3K & HARI KOKURIKULUM
Pada 11 dan 12 November 2009, Unit 3K (Keceriaan, Keselamatan & Kesihatan) SKPKM dengan kerjasama RIMUP dan Unit Kokurikulum SKPKM telah berjaya menganjurkan program Hari 3K & Hari Kokurikulum 2009. Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi ilmu dan kesedaran kepada murid-murid, guru-guru dan warga sekolah SKPKM, SJK(C) Yu Ying dan SK Semabok tentang betapa pentingnya hidup dalam perpaduan di samping menjaga kesihatan & kesejahteraan diri supaya tidak terkena penyakit demam denggi, keracunan makanan dan kepentingan menjaga keselamatan diri.
Antara aktiviti yang dimasukkan dalam program 2 hari ini adalah Demonstrasi Pertolongan Cemas dan CPR oleh Encik Nawawi Md Yasin dari PBSM Melaka, Taklimat Keselamatan Jalan Raya oleh Encik Fahmi Md Yusof dari JKJR, pameran oleh Jabatan Alam Sekitar, Wellness Health Lab, JKJR, Pejabat Kesihatan Daerah dan Hasil Kerja Murid.
Majlis Perasmian Penutup telah dilakukan oleh Ketua Sektor Pendidikan Khas dan Pendidikan Swasta JPN, Tuan Haji Mohamad Sapian bin Siran
Aktiviti untuk Hari Kokurikulum pula adalah Futsal dan Bola Jaring. Seluruh warga SKPKM dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan sama-sama bermain futsal/bola jaring pada hari tersebut.

10 November, 2009
Lawatan Sambil Belajar Untuk Program Khidmat Masyarakat 2009
Hari ini, SKPKM telah menerima kehadiran pelajar-pelajar Tingkatan 2 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Sultan Muhammad, Batu Berendam bagi program di atas. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Kelas Belajar Bahasa Isyarat, Sesi Membuat Model daripada Bahan Terbuang, Membuat Bendera daripada straw dan aktiviti Gotong-Royong.
05 November, 2009
Persembahan 8 Powerpoint Terbaik & Majlis Penyampaian Sijil
Seramai 8 orang guru telah terpilih untuk membentangkan hasil kerja Powerpoint masing-masing. Pembentangan ini diadili oleh tiga orang juri iaitu Tuan Guru Besar SKPKM, GPK 1 SKPKM dan Guru ICT SKPKM bagi memilih tiga persembahan terbaik sekaligus menerima hadiah lumayan.
Setelah diadili, Cik Shazlin telah berjaya merangkul tempat pertama, diikuti oleh Cik Fatimah Tamjis di tempat kedua manakala tempat ketiga disandang oleh Cik Zaiwiyah. Tahniah dan Syabas kepada semua!
03 November, 2009
Penyerahan Sumbangan Hadiah daripada pihak luar
Sempena Pertandingan ICT Dalam P&P Peringkat Sekolah, PC World Sdn. Bhd. telah menyumbang hadiah buat pemenang-pemenang. Penyampaian hadiah dilakukan oleh wakil PC World (Jalan Ong Kim Wee) iaitu Encik Eric Lee Chee Yoong kepada GPK 1 SKPKM iaitu Puan Hajah Zainab Md Yasin. Antara sumbangan hadiah adalah berupa Beg Galas Komputer Riba, Webcam, Calculator, CD Wallet dan lain-lain.
Selain itu, Syarikat JAZA Services & Trading turut menyumbangkan 3 buah hamper untuk pemenang saguhati.
30 Oktober, 2009
PERKHEMAHAN PENGAKAP PERINGKAT SEKOLAH - KELA RESORT
Pada 6 - 8 Oktober yang lalu, seramai 20 orang murid SKPKM telah mengikuti perkhemahan pengakap peringkat sekolah bertempat di Kela Resort, Pahang. Program ini dianjurkan oleh Unit Ko-Kurikulum SKPKM yang turut disertai 7 orang guru pengiring.
Semua aktiviti yang dirancang telah berjalan lancar dan peserta yang mengikuti perkhemahan ini berasa gembira & seronok sepanjang program.
26 Oktober, 2009
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 16 Okt 2009
16 Okt 2009 bersamaan 27 syawal 1430H, pihak sekolah telah mengadakan satu majlis sambutan Hari Raya peringkat sekolah.Majlis ini diserikan dengan acara memotong kek oleh ahli kelab keluarga SKPKM yang lahir pada JUN,JULAI dan OGOS.Pelbagai makanan berkonsepkan raya dihidangkan antaranya nasi impit danm rendang.Kesemua Guru, Staf dan murid memakai pakaian raya.
29 September, 2009
08 September, 2009
Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2009
Calon UPSR SKPKM seramai 7 orang murid mengambil peperiksaan tahun ini.Bermula pada hari ini 8-10 Sept 2009.Semoga dapat menjawab dengan tenang dan lulus dengan cemerlang hendaknya.
07 September, 2009
Nuzul Al-Quran dan Lailatul Qadar...
Nuzul Al-Quran
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.
Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).
(sumber dipetik dari www.islam.gov.my)

30 Ogos, 2009
Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan yang ke-52
31 Ogos 2009 - tarikh di mana negara kita akan meraikan sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke-52. Setelah 52 tahun, negara kita telah melalui banyak saat-saat yang menguji ketahanan dan kekuatan, dan setiap kali itu jugalah negara kita bangkit dan terus bangun berdiri sehingga menjadi satu nama yang gah di mata dunia.
Sepanjang perjalanan tersebut, terlalu ramai tokoh-tokoh yang datang dan pergi. Ada wira yang didendang, ada juga yang tidak didendang. Namun, mereka masih setia dan teguh mempertahankan negara.
Kita generasi baru sepatutnya mencontohi tokoh-tokoh ini. Mereka bukan sahaja ikhlas berjuang untuk negara tetapi sanggup berkorban apa saja untuk pastikan kemerdekaan yang dicapai dulu tak hilang begitu sahaja.
Justeru, 1Malaysia patut dijadikan asas untuk memperkukuh nilai-nilai yang telah diamalkan oleh generasi terdahulu. Ini bukan masanya untuk berburuk sangka, bertelagah dan mencaci sesama kita. Ini adalah masa untuk mengukuhkan semula ikatan yang kian longgar, yang mana jika dibiarkan, masa depan lebih 27 juta manusia yang berlindung dengan negara ini akan menjadi kelam.
Fikirkan. Sambutan kemerdekaan yang jatuh ketika bulan penuh rahmat, Ramadhan, pastinya mempunyai hikmah dan maksud yang cukup dalam. Jangan alpa.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
23 Ogos, 2009
20 Ogos, 2009
Doa Ramadani
Ramadan dirindui bertandang kembali
ALHAMDULILLAH Ramadan Al-Mubarak yang kita rindui kini bertandang kembali. Mereka yang beriman dan yakin pada janji Allah SWT menanti kehadiran bulan yang penuh barakah ini dengan harapan agar mendapat rahmat, pengampunan dan pembebasan dari neraka.
Umat Islam yang benar-benar rindukan Ramadan menyambutnya dengan penuh syahdu dan mereka berpuasa penuh keimanan serta berusaha menghayati bulan barakah ini dengan pelbagai pengisian wajib dan sunat, antaranya berdoa kepada Allah SWT.
Apabila seseorang itu mahu berdoa, maka hendaklah mengetahui peraturan dan adab-adab berdoa, di antaranya kita dituntut membuat pembersihan diri, berwuduk dan mengadap kiblat seterusnya :
1) Hendaklah memujikan Allah SWT terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan berselawat ke atas junjungan kita Rasulullah s.a.w.. Bertepatan dengan hadis Baginda yang bermaksud: “Apabila berdoa oleh seseorang kamu maka hendaklah dimulakan dengan memuji Allah SWT dan memuja-Nya, kemudian hendaklah berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w., kemudian berdoalah dengan apa yang dikehendakinya”.
2). Hendaklah mengangkat kedua-dua belah tangannya ke paras bahu ketika berdoa dan hendaklah menyapu ke mukanya apabila selesai dari berdoa. Berdasarkan keterangan hadis maksudnya: “Daripada Umar telah reda Allah SWT daripadanya berkata ia : Adalah Rasulullah s.a.w. apabila menghulurkan dua tangannya ketika berdoa, tidak mengembalikan kedua-duanya sehingga menyapu ia dengan kedua-duanya akan mukanya”. Hadis Riwayat Al-Tarmizi.
3) Hendaklah percaya dan penuh yakin setulus hati bahawa doanya diperkenankan oleh Allah SWT dan tidak berasa gelisah jika doa itu tidak diperkenankan-Nya. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya, “Berdoalah sekalian kamu kepada Allah SWT pada hal kamu yakin diperkenankan dan ketahuilah bahawasanya Allah SWT tidak memperkenankan doa daripada hati orang yang lalai lagi lupa”. Hadis riwayat Al-Tarmizi.
4) Hendaklah berdoa dengan penuh khusyuk dan tawaduk serta merasakan kebesaran Allah SWT dalam jiwa kita yang halus serta memperlahankan suara, ini bertepatan dengan firman Allah SWT, maksudnya; “Berdolah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan secara perlahan (tersembunyi) kerana sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang melewati batas”. – Surah al-A’araf ayat 55.
5) Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan bersungguh-sungguh kepada Allah.
Marilah kita memohon pertolongan Allah SWT semoga kita diberi kekuatan, kesabaran dan istiqamah sepanjang menjalani ibadah puasa seterusnya berusaha mempraktik doa-doa berikut:
1) Doa hari pertama Ramadan
Ya Allah ! Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jauhkan aku daripada tidurnya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku .... Wahai Tuhan Sekalian Alam, dan ampuni aku, Wahai Pengampun para pembuat dosa.
2) Doa hari Ramadan Kedua
Ya Allah! Dekatkanlah aku kepada keredaan-Mu. Jauhkanlah aku daripada kemurkaan serta balasan-Mu. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-Mu, dengan rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih daripada semua yang mengasihi.
3) Doa Ramadan hari ketiga
Ya Allah! Berikanlah aku rezeki akal dan kewaspadaan dan jauhkanlah aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bahagianku daripada segala kebaikan yang Kau turunkan, demi kemurahan-Mu, wahai zat Yang Maha Dermawan daripada semua dermawan.
4) Doa Ramadan hari keempat
Ya Allah! Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintah-Mu, dan berilah aku manisnya berzikir mengingati-Mu. Berilah aku kekuatan menunaikan syukur kepada-Mu, dengan kemuliaan-Mu. Dan jagalah aku dengan penjagaan-Mu, wahai Zat Yang Maha Melihat.
5) Doa Ramadan hari kelima
Ya Allah! Jadikanlah aku antara orang-orang yang memohon keampunan, dan jadikanlah aku sebagai hamba-Mu yang soleh dan setia serta jadikanlah aku antara auliya-Mu yang dekat di sisi-Mu, dengan kelembutan-Mu wahai Zat Yang Maha Pengasih antara semua pengasih.
6) Doa Ramadan hari keenam
Ya Allah! Janganlah Engkau hinakan aku kerana perbuatan maksiat terhadap-Mu dan janganlah engkau pukul aku dengan cambuk balasan-Mu. Jauhkanlah aku daripada hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-Mu dengan anugerah dan bantuan-Mu, wahai Puncak Keinginan orang-orang yang berkeinginan.
7) Doa Ramadan hari ketujuh
Ya Allah! Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya, dan ibadah malamnya (’nya’ di sini mengacu pada bulan Ramadan). Jauhkanlah aku daripada kelalaian dan dosa-dosa dan berikanlah aku zikir mengingat-Mu secara terus-menerus, dengan taufik-Mu wahai Pemberi Petunjuk bagi orang-orang yang sesat.
8) Doa Ramadan hari kelapan
Ya Allah! Berilah aku rezeki berupa kasih sayang terhadap anak-anak yatim dan pemberian makan, serta penyebaran salam dan pergaulan dengan orang-orang mulia dengan kemuliaan-Mu, wahai Tempat Berlindung Bagi orang-orang yang berharap.
9) Doa Ramadan hari kesembilan
Ya Allah! Sediakanlah untukku sebahagian daripada Rahmat-Mu yang luas dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran-ajaran-Mu yang terang dan bimbinglah aku menuju kepada keredhaan-Mu yang penuh dengan kecintaan-Mu, wahai Harapan orang-orang yang rindu.
10) Doa Ramadan hari kesepuluh
Ya Allah! Jadikanlah aku antara orang-orang yang bertawakal kepada-Mu, dan jadikanlah aku di antara orang-orang yang menang di sisi-Mu, dan jadikanlah aku antara orang-orang yang dekat kepada-Mu dengan ihsan-Mu, wahai Tuhan orang-orang yang memohon.
11) Doa Ramadan hari kesebelas
Ya Allah! Tanamkanlah dalam diriku kecintaan kepada perbuatan baik dan tanamkanlah dalam diriku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Jauhkanlah dariku kemurkaan-Mu dan api neraka dengan pertolongan-Mu, wahai Penolong Orang-orang Yang Meminta Pertolongan.
12) Doa Ramadan hari kedua belas
Ya Allah! Hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian qana’ah dan kerelaan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sikap tulus. Amankanlah diriku dari setiap yang aku takuti dengan penjagaan-Mu, wahai Penjaga Orang-orang Yang Takut.
13) Doa Ramadan hari ketiga belas
Ya Allah! Sucikanlah aku pada bulan ini daripada segala jenis kotoran, jadikanlah aku pada bulan ini sabar menerima setiap ketentuan-Mu dan anugerahkanlah taufik kepadaku pada bulan ini untuk meraih taqwa dan bersahabat dengan orang-orang bijak dengan pertolongan-Mu wahai Ketenteraman Hati Orang-orang miskin.
14) Doa Ramadan hari keempat belas
Ya Allah! Janganlah Engkau hukum aku kerana kekeliruan yang kulakukan dan ampunilah aku daripada kesalahan-kesalahan dan kebodohan. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala dan malapetaka. Dengan kemuliaan-Mu, wahai Kemuliaan Muslimin.
15) Doa Ramadan hari kelima belas
Ya Allah! Berilah aku rezeki berupa ketaatan orang-orang yang khusyuk dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal. Dengan keamanan-Mu. Wahai Pemberi Keamanan bagi orang-orang yang takut.
16) Doa Ramadan hari keenam belas
Ya Allah! Berilah aku keampunan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik. Dan jauhkanlah aku daripada kehidupan bersama orang-orang yang jahat. Dan naungilah aku dengan rahmat-Mu hingga sampai kepada alam akhirat. Demi Ketuhanan-Mu Wahai Tuhan Sekalian Alam.
17) Doa Ramadan hari ketujuh belas
Ya Allah! Tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-citaku. Wahai Yang Maha Mengetahui keperluan manusia tanpa pengungkapan permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada di dalam hati seluruh isi alam, sampaikanlah selawat atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
18) Doa Ramadan hari kelapan belas
Ya Allah! Sedarkanlah aku akan barakah-barakah yang terdapat pada saat sahur bulan Ramadan dan sinarilah hatiku dengan terang cahayanya dan bimbinglah aku dan seluruh anggota tubuhku untuk dapat mengikuti ajaran-ajarannya, demi cahaya-Mu Wahai Penerang Hati orang-orang yang arif.
19) Doa Ramadan hari kesembilan belas
Ya Allah! Penuhilah bahagianku dengan barakah-barakah Ramadan dan mudahkanlah jalanku menuju kebaikan-kebaikannya. Janganlah Kau jauhkan aku daripada keterbukaan amal-amalku di dalamnya, Wahai Pemberi Petunjuk kepada kebenaran Yang Terang.
20) Doa Ramadan hari kedua puluh
Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu neraka dan berikanlah kemampuan padaku untuk membaca al-Quran, Wahai Pemberi Ketenangan di dalam hati orang-orang mukmin.
21) Doa Ramadan hari kedua puluh satu
Ya Allah! Berilah aku petunjuk menuju kepada keredaan-Mu. Dan janganlah engkau beri jalan kepada syaitan untuk menguasaiku. Jadikanlah syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirahatan, Wahai Pemenuh Keperluan orang-orang yang meminta.
22) Doa Ramadan hari kedua puluh dua
Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu kurnia-Mu, turunkan untukku barakah-Mu. Berilah kemampuan untukku meraih keredhaan-Mu dan tempatkanlah aku di dalam syurga-Mu yang luas. Wahai Penjawab Doa orang-orang yang dalam kesempitan.
23) Doa Ramadan hari kedua puluh tiga
Ya Allah! Sucikanlah aku daripada dosa-dosa, dan bersihkanlah diriku daripada segala aib. Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hatiku Wahai Penghapus kesalahan orang-orang yang berdosa.
24) Doa Ramadan hari kedua puluh empat
Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu hal-hal yang mendatangkan keredaan-Mu dan aku berlindung dengan-Mu daripada hal-hal yang mendatangkan kemarahan-Mu, dan aku memohon kepada-Mu kemampuan untuk mentaati-Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap-Mu, Wahai Pemberi para peminta.
25) Doa Ramadan hari kedua puluh lima
Ya Allah! Jadikanlah aku orang-orang yang mencintai auliya-Mu dan memusuhi musuh-musuh-Mu. Jadikan aku pengikut sunah-sunah Nabi Terakhir-Mu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.
26) Doa Ramadan hari kedua puluh enam
Ya Allah! Jadikanlah usahaku pada dalam bulan Ramadan sebagai usaha yang Engkau terima dan dosa-dosaku diampuni, amal perbuatanku diterima dan seluruh aibku ditutupi, Wahai Maha Pendengar daripada semua yang mendengar.
27) Doa Ramadan hari kedua puluh tujuh
Ya Allah! Rezekikanlah kepada keutamaan Lailaturqadar dan ubahlah perkara-perkaraku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku dan hapuskan dosa-dosa dan kesalahanku, Wahai Yang Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya yang soleh.
28) Doa Ramadan hari kedua puluh lapan
Ya Allah! Penuhkanlah hidupku pada dalam bulan Ramadan ini dengan amalan-amalan sunnah dan muliakan aku dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatlah diriku kepada-Mu Wahai Yang Tidak tersibuk oleh permintaan orang-orang yang meminta.
29) Doa Ramadan hari kedua puluh sembilan
Ya Allah! Liputilah aku pada bulan ini dengan rahmat dan berikanlah kepadaku taufik dan penjagaan. Sucikanlah hatiku dan noda-noda fitnah. Wahai Maha Pengasih terhadap hamba-hamba-Nya yang mukmin.
30) Doa Ramadan hari ketiga puluh
Ya Allah! Jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dan terkabul, sebagaimana puasa yang direda oleh-Mu dan oleh Rasul-Mu, puasa yang kukuh dan kuat; demi kenabian Muhammad s.a.w. dan keluarganya yang suci dan segala puji bagi Allah Sekalian Alam.
Akhirnya, marilah kita memohon perkenan Allah SWT supaya mengurniakan taufik serta diberkati niat dan usaha yang mulia ini, mudah-mudahan Allah SWT memakbulkan segala doa dan permintaan daripada hamba-hamba-Nya. Amin ........

Sempena kedatangan Ramadan Al-Mubarak...
Ramadan al-Mubarak datang dan pergi silih berganti
Bulan Ramadan dikurniakan kepada Umat Muhammad s.a.w. yang penuh dengan keberkatan dan keistimewaan yang tersendiri. Selain dari berpuasa, bulan ini juga dikenali sebagai bulan yang terdapat lailatuqadar dan diturunkan al-Quran.
Rasulullah pernah bersabda:
“Sesiapa yang bergembira dengan kedatangan Ramadan akan diharamkan dirinya dari disimbahi api neraka”.
Puasa Yang Cemerlang
Bulan ini bukan setakat dilabelkan dengan bulan puasa sahaja tetapi sebenarnya bulan ibadah. Bulan yang bukan setakat menahan diri dari lapar dan dahaga sahaja tetapi tuntutannya menjangkau dari dua perkara tersebut. Puasa yang cemerlang ialah puasa yang memenuhi dua aspek berikut:
Aspek Luaran dan Aspek Dalaman
1) Aspek Luaran
i) Yakin dan pasti bahawa bulan Ramadan telah tiba sama ada ditentukan
secara hisab atau rukyah
ii) Niat puasa di malam hari
iii) Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti
muntah dengan sengaja
2) Aspek Dalaman
i) Menahan penglihatan dari melihat perkara yang ditegah oleh syarak,
dibenci oleh Allah SWT
ii) Menjaga lidah dari perkara-perkara yang tidak bermanfaat, tidak
berfaedah, bercakap bohong, bercakap kotor
iii) Menahan pendengaran dari perkara yang dibenci oleh Allah SWT
iv) Tidak terlalu banyak makan selepas berbuka puasa meskipun ia dari sumber yang halal
v) Hatinya sentiasa mengharap kepada Allah agar menerima ibadahnya sepanjang bulan Ramadan
Keistimewaan Ramadan
Banyak terdapat keistimewaan bulan Ramadan yang diberikan kepada umat Muhammad s.a.w. dan tidak diberikan kepada umat yang terdahulu, antaranya : Iktikaf di masjid pada setiap malam Ramadan.
Ibadah puasa yang tidak terhingga pahalanya seperti mana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis Qudsi bahawa Allah telah berfirman:
“Tiap-tiap amalan yang dilakukan oleh setiap anak Adam adalah bahagiannya melainkan puasa, Akulah yang menentukan pahalanya. ”
Malam Lailatul Qadar
Malam yang lebih baik dari seribu bulan yang dikurniakan kepada umat Muhammad s.a.w. Malam yang digalakkan kepada umat Islam untuk mencarinya. Rasulullah sendiri mencari malam tersebut dengan beriktikaf di masjid.
Apakah maksud Iktikaf?
Iktikaf ialah diam dalam masjid dengan niat kerana Allah SWT
Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah yang bermaksud “Rasulullah sentiasa beriktikaf pada malam sepuluh terakhir Ramadan, tetapi beliau beriktikaf selama dua puluh malam pada tahun kewafatannya”.
Oleh itu marilah sama-sama kita memperbanyakkan ibadah sempena bulan Ramadan ini terutama di sepuluh terakhir seperti mana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita. Sepatutnya kita sebagai umatnya lebih kuat beribadah, kerana kita tidak tahu kesudahan diri kita sama ada ke syurga atau neraka berbanding dengan Rasulullah yang dijanjikan dengan syurga.
SELAMAT MENGHIDUPKAN RAMADAN AL-MUBARAK DENGAN IBADAH

19 Ogos, 2009
BELAJAR SAMBIL MELAWAT KE NEGERI SEMBILAN
Pada 12 Ogos 2009 yang lalu, Panitia Komunikasi Seluruh bersama Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Kajian Tempatan, Panitia Matematik serta Unit Bimbingan & Kaunseling telah menganjurkan program Belajar Sambil Melawat ke dua tempat pilihan di Negeri Sembilan iaitu di
1) Jelita Ostrich Show Farm - Jalan Jelebu, Seremban
2) Kilang Yakult - Oakland Industrial Park, Seremban
Secara keseluruhannya, program ini berjaya dijalankan dengan baik. Murid-murid gembira dengan setiap aktiviti yang disertai di kedua tempat yang telah dilawati. Guru-guru dan murid-murid telah diberi peluang yang amat berharga semasa di Ladang Ostrich iaitu menunggang burung unta dan makan sate daging burung unta. Manakala di Kilang Yakult juga guru-guru dan murid-murid diberi peluang untuk melihat sendiri proses penghasilan air minuman Yakult.
03 Ogos, 2009
Langgan:
Catatan (Atom)