05 November, 2009

Persembahan 8 Powerpoint Terbaik & Majlis Penyampaian Sijil











Seramai 8 orang guru telah terpilih untuk membentangkan hasil kerja Powerpoint masing-masing. Pembentangan ini diadili oleh tiga orang juri iaitu Tuan Guru Besar SKPKM, GPK 1 SKPKM dan Guru ICT SKPKM bagi memilih tiga persembahan terbaik sekaligus menerima hadiah lumayan.
Setelah diadili, Cik Shazlin telah berjaya merangkul tempat pertama, diikuti oleh Cik Fatimah Tamjis di tempat kedua manakala tempat ketiga disandang oleh Cik Zaiwiyah. Tahniah dan Syabas kepada semua!

03 November, 2009

Penyerahan Sumbangan Hadiah daripada pihak luar



Sempena Pertandingan ICT Dalam P&P Peringkat Sekolah, PC World Sdn. Bhd. telah menyumbang hadiah buat pemenang-pemenang. Penyampaian hadiah dilakukan oleh wakil PC World (Jalan Ong Kim Wee) iaitu Encik Eric Lee Chee Yoong kepada GPK 1 SKPKM iaitu Puan Hajah Zainab Md Yasin. Antara sumbangan hadiah adalah berupa Beg Galas Komputer Riba, Webcam, Calculator, CD Wallet dan lain-lain.
Selain itu, Syarikat JAZA Services & Trading turut menyumbangkan 3 buah hamper untuk pemenang saguhati.