19 November, 2009

HARI 3K & HARI KOKURIKULUM

Pada 11 dan 12 November 2009, Unit 3K (Keceriaan, Keselamatan & Kesihatan) SKPKM dengan kerjasama RIMUP dan Unit Kokurikulum SKPKM telah berjaya menganjurkan program Hari 3K & Hari Kokurikulum 2009. Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi ilmu dan kesedaran kepada murid-murid, guru-guru dan warga sekolah SKPKM, SJK(C) Yu Ying dan SK Semabok tentang betapa pentingnya hidup dalam perpaduan di samping menjaga kesihatan & kesejahteraan diri supaya tidak terkena penyakit demam denggi, keracunan makanan dan kepentingan menjaga keselamatan diri.
Antara aktiviti yang dimasukkan dalam program 2 hari ini adalah Demonstrasi Pertolongan Cemas dan CPR oleh Encik Nawawi Md Yasin dari PBSM Melaka, Taklimat Keselamatan Jalan Raya oleh Encik Fahmi Md Yusof dari JKJR, pameran oleh Jabatan Alam Sekitar, Wellness Health Lab, JKJR, Pejabat Kesihatan Daerah dan Hasil Kerja Murid.



Majlis Perasmian Penutup telah dilakukan oleh Ketua Sektor Pendidikan Khas dan Pendidikan Swasta JPN, Tuan Haji Mohamad Sapian bin Siran


Aktiviti untuk Hari Kokurikulum pula adalah Futsal dan Bola Jaring. Seluruh warga SKPKM dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan sama-sama bermain futsal/bola jaring pada hari tersebut.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan