19 Ogos, 2009

BELAJAR SAMBIL MELAWAT KE NEGERI SEMBILAN







Pada 12 Ogos 2009 yang lalu, Panitia Komunikasi Seluruh bersama Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Kajian Tempatan, Panitia Matematik serta Unit Bimbingan & Kaunseling telah menganjurkan program Belajar Sambil Melawat ke dua tempat pilihan di Negeri Sembilan iaitu di

1) Jelita Ostrich Show Farm - Jalan Jelebu, Seremban
2) Kilang Yakult - Oakland Industrial Park, Seremban


Secara keseluruhannya, program ini berjaya dijalankan dengan baik. Murid-murid gembira dengan setiap aktiviti yang disertai di kedua tempat yang telah dilawati. Guru-guru dan murid-murid telah diberi peluang yang amat berharga semasa di Ladang Ostrich iaitu menunggang burung unta dan makan sate daging burung unta. Manakala di Kilang Yakult juga guru-guru dan murid-murid diberi peluang untuk melihat sendiri proses penghasilan air minuman Yakult.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan