20 Februari, 2012

LDP 2 - Multiple Intelligence

LDP ke-2 telah diadakan pada 16 Februari 2012. LDP ini diakan di Kamar Tun Fatimah bermula pada pukul 2 petang. Slot ceramah ini bertajuk 'Multiple Intelligence' yang bermaksud kecerdasan pelbagai. Ceramah telah disampaikan oleh Guru Besar SKPKM iaitu En. Ateh bin Salim. Diharapkan guru-guru dapat mengambil input-input berguna daripada ceramah yang disampaikan dan mengaplikasikannya di dalam kelas semasa proses 
P & P.

Majlis Maulidurrasul

Satu Majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah anjuran Penitia Pendidikan Islam telah diadakan pada 17 Februari yang lalu. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang hari tersebut ialah perarakan beramai-ramai sambil berselawat sekitar kawasan sekolah, ceramah Maulidurrasul oleh Ustaz Mohd Wafiy, Pertandingan 'Treasure Hunt' serta pertandingan melengkapkan 'puzzle'. Hadiah turut disediakan untuk pemengang-pemenang pertandingan.


Program Nilam

Pada 13 Januari 2012 yang lalu, telah diadakan pelancaran Program Nilam bagi peringkat sekolah. Program Nilam bertujuan memupuk minat membaca di kalangan murid-murid. Aktiviti dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar SKPKM En. Ateh bin Salim. Seterusnya bacaan sajak oleh Adik Iwani Asyira dan diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai lagu Nilam.

LDP 1 - Karnival PIBG

Bertempat di Perkarangan Dewan Tun Ali Bukit Katil, satu Karnival PIBG Sekolah-sekolah Parlimen Bukit Katil telah diadakan pada 11 Februari 2012. Karnival ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Melaka YB Datuk Ali Rustam. Pelbagai aktiviti telah disediakan untuk manfaat para pengunjung yang hadir.



UKM dan Universiti Pendidikan Indonesia

Pada 30 Januari 2012, SKPKM telah menerima kunjungan daripada pelajar-pelajar dan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Pendidikan Indonesia. Lebih kurang 80 orang peserta telah menyertai lawatan ini. Lawatan ini termasuklah aktiviti melawat bilik-bilik khas sekitar kawasan sekolah serta melihat aktiviti P & P yang dijalankan di bilik darjah.

Pembahagian Rumah Sukan

Unit Kokurikulum SKPKM telah mengadakan aktiviti pembahagian rumah sukan pada 20 Januari 2012. Murid-murid dibahagiakan kepada tiga buah rumah sukan iaitu merah, hijau dan kuning. Ketua bagi Rumah Merah ialah Muhammad Addin, Rumah Hijau ialah Muhammad Faiz dan ketua bagi Rumah Kuning ialah Foo Chwan Yin. Pembahagian rumah sukan untuk guru-guru dan staf turut diadakan melalui cabutan undi.

Majlis Pelantikan Pengawas

Pada 20 Januari 2012 telah berlangsung Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber. Majlis dimulakan dengan pemberian watikah pelantikan serta bacaan ikrar oleh para pengawas yang telah dilantik. Adik Muhamad Faiz telah dilantik menjadi Ketua Pengawas Sekolah manakala Adik Mira Norazlin telah dilantik menjadi Ketua Pengawas Pusat Sumber.


Muhammad Faiz
Ketua Pengawas Sekolah
Mira Norazlin
Ketua Pengawas Perpustakaan

Sayangi Buku Teks

Pada 11 Januari 2012 unit SPBT sekolah telah mengadakan program Sayangi Buku Teks. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan dan cara yang betul menjaga buku teks. Sebuah sketsa turut dipersembahkan oleh beberapa orang guru bagi memberi kefahaman kepada murid tentang program ini. Aktiviti membalut buku teks beramai-ramai turut diadakan pada hari hari.

Hari Pertama Persekolahan 2012

Sesi persekolahan 2012 bermula pada 4 Januari 2012. Aktiviti dimulakan dengan perhimpunan pagi dan kemudiannya semua guru dan murid di arahkan masuk ke kelas masing-masing serta memulakan sesi P & P. Terdapat beberapa orang waris murid tahun 1 yang turut hadir pada hari ini.

Pendaftaran murid 2012

Pada 3 Januari 2012 yang lalu, telah berlangsung sesi pendaftaran bagi murid-murid asrama dan murid-murid sekolah. Pendaftaran telah diadakan di dewan makan SKPKM bermula jam 2.30 petang. Antara agenda yang dijalankan pada petang tersebut ialah pembelian buku tulis, pembayaran yuran asrama serta pengambil buku teks persekolahan di bilik BOSS.