21 Mei, 2015

SAMBUTAN HARI GURU 2015


Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah dijalankan pada 18 Mei 2015, Isnin bertempat di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Melaka dengan tema pada tahun ini 'Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak". Pakaian guru pada tahun ini adalah bertemakan 'Orang Kampung Meletop'. 
























LATIHAN KEBAKARAN



Latihan kebakaran dijalankan pada 12 Mei 2015 oleh ahli bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat  Cawangan Kubu, Melaka.  








10 April, 2015





Program Outreach Linus 2.0 Tahun 2015 Negeri Melaka sedang berjalan selama tiga hari bermula dari 7 hingga 9 April 2015. Melibatkan 89 murid program Pemulihan yang tidak melepasi saringan 2 / 2014 ( Tahun 2).

06 April, 2015

Mesyuarat PIBG dan sumbangan komputer dari SAMB.




Mesyuarat PIBG pada 3 April 2015 mencipta sejarah apabila pihak SAMB (Syarikat Air Melaka Berhad) telah menyumbangkan 10 desktop untuk kegunaan murid - murid di sekolah ini. Semoga sumbangan yang penuh bermakna ini dapat digunakan sebaik mungkin bagi tujuan PdP.

26 Februari, 2015

Sejarah Sekolah.

Fasa 1 (1962-1987)
Pada 3 September 1962 projek perintis kelas khas pekak  percantuman telah dimulakan di Primary English School Bukit Baru
(Sekolah Kebangsaan Datuk Palembang).

Jumlah murid seramai 22 orang

Fasa 2 1987-1992 
Pada 10 Ogos 1987 Sekolah Rendah Pendidikan Khas Cacat Pendengaran pertama ditubuhkan di negeri Melaka.  Ia di tempatkan di bangunan lama Sekolah Kebangsaan Bukit Cina Jalan Puteri Hang Li Po.

Fasa 3 1992-1997
Pada 24 Ogos 1992, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas telah di arah menumpang di bangunan Sekolah Rendah Seri Bandar Jalan Air Leleh, Melaka.

Fasa 4 1997 Hingga Sekarang
Pada 1 Mac 1997, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas telah berpindah ke bangunan sendiri di Km. 4 Jln. Semabok di kawasan seluas 12.9 ekar.Terdapat 6 blok bangunan utama iaitu Blok Pentadbiran, Blok Pakar, Blok Akademik
Blok Asrama Putera ,Asrama Puteri dan Dewan Makan AsramaTerdapat juga padang bola, sebuah garaj bas dan 4 buah rumah guru berkembar 2 tingkat.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semenjak adanya FROG VLE sebagai medan komunikasi guru, blog ni dah jarang buka tapi masih berfungsi.


26 Jun, 2013

Agak terlalu lama tak sentuh blog ni semenjak mengambil alih tampok pemerintahan guru ICT. Admin akan cuba mengupdate secepat dan sepadat mungkin hehe...
Sebelum update perkenalkan Guru Besar baru kami.

06 Mac, 2012

Majlis Persaraan Guru Besar - En. Ateh b. Salim

Pada 2 Mac 2012 telah berlangsung satu majlis persaraan Tuan Guru Besar SKPKM, En Ateh b. Salim. Majlis telah berlangsung di Dewan Terbuka SKPKM. Kehadiran Guru-guru Besar Sekolah-sekolah Pendidikan Khas, guru-guru besar sekolah sekitar SKPKM, Guru, Staf dan murid SKPK Batu Pahat, mantan Guru Besar SKPKM, serta beberapa teman rapat En. Ateh telah memeriahkan majlis yang diadakan. 



Hujung daksina merimbun celagi,
Beralun tualang indah bersemu,
Walau ke mana diriku pergi,
Insan sepertimu takkan ketemu.

Alangkah dinginnya menjelang senja,
Mentari terbenam diufuk barat,
Doaku ikhlas untukmu sahaja,
Bahagia di dunia hingga akhirat.

Selamat Bersara diucapkan kepada En Ateh bin Salim daripada warga SKPKM

LDP 3 - Pengurusan Stress

LDP 3 telah diadakan pada 29 Februari bermula jam 2.00 petang di Kamar Tun Fatimah. LDP pada kali ini bertajuk pengurusan stress dan Guru Besar En. Ateh b. Salim telah berbesar hati untuk memberikan ceramah tersebut. Ceramah pada kali ini menekankan tentang bahaya stress dan bagaimana untuk menangani stress yang dihadapi. Stress yang keterlaluan boleh menyebabkan pelbagai masalah pada diri, keluarga dan masyarakat sekeliling. 
Pada slot terakhir petang itu, guru besar mengambil peluang untuk bermaafan dengan semua guru dan staf yang ada berikutan LDP ini merupakan slot terakhirnya sebelum bersara. Beliau juga tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan kenangan terakhir buat guru dan staf dengan menyanyikan sebuah lagu perpisahan untuk semua.

Mesyuarat Agong PIBG Kali ke -20

Pada 24 Februari 2012 telah berlangsung satu Mesyuarat Agong PIBG SKPKM Kali ke-20 yang bertempat di Dewan Terbuka SKPKM. Mesyuarat bermula pada pukul 2.30 petang dan telah dirasmikan oleh mantan Guru Besar SKPKM Tuan Hj. Abdullah b. Yaakob. Ramai ibu bapa yang memberi kerjasama dan hadir pada mesyuarat tersebut. Diharapkan sokongan yang ditunjukkan oleh ibu bapa ini dapat membantu meningkatkan prestasi murid-murid.