KEBERSIHAN, KECERIAAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN
Cik Zaiwiyah Omar
Puan Siti Fatimah Zakaria
Puan Maisara Othman
Encik Muhammad Shafiq Ab Ghani
KANTIN
Puan Lee Swee Ling
PROJEK KHAS
Cik Shazlin Sulaiman
PROFIL DAN DOKUMENTASI
Encik Mohammad Saiful Saad
Puan Nor Arulliza Suzani A.Rahman
BILIK GURU
Puan Nurhanani Che Rameli
Cik Fatimah Tamjis
BILIK-BILIK KHAS DAN KELAS
Guru berkenaan
ASRAMA
Encik Abdul Aziz Alias
Cik Shazlin Sulaiman
KEMENJADIAN MURID PRA SEKOLAH
Puan Analizah Mohd Dom
KEMENJADIAN MURID PEMULIHAN
Puan Siti Fatimah Zakaria
KEMENJADIAN MURID B&K
Puan Norazura Zahari
BUDAYA SEKOLAH/PENGAKAP ISTIMEWA/KEBUDAYAAN
Oh May Ling
KREATIF DAN INOVATIF
Encik Syahrul Fazli Mohd Nordin
Puan Nor Arulliza Suzani A.Rahman
20 November, 2009
Mesyuarat Kurikulum kali ke-5 2009
Tarikh : 16 November 2009 (Isnin)
Tempat : Kamar Tun Fatimah SKPKM
Masa : 2.00 ptg
Tempat : Kamar Tun Fatimah SKPKM
Masa : 2.00 ptg
Majlis Jamuan Akhir Tahun 2009 merangkap Jamuan Perpisahan Cik Tamilarasi & Puan Siti Norzaliha
Hari Keluarga SKPKM
Kelab Keluarga SKPK Melaka telah menganjurkan Hari Keluarga pada 14 November dari jam 8 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Hutan Rekreasi Ayer Keroh Melaka. 2 aktiviti yang telah dijalankan adalah Senamrobik dan Treasure Hunt. Semua ahli keluarga SKPKM seronok dengan aktiviti pada hari tersebut.
19 November, 2009
HARI 3K & HARI KOKURIKULUM
Pada 11 dan 12 November 2009, Unit 3K (Keceriaan, Keselamatan & Kesihatan) SKPKM dengan kerjasama RIMUP dan Unit Kokurikulum SKPKM telah berjaya menganjurkan program Hari 3K & Hari Kokurikulum 2009. Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi ilmu dan kesedaran kepada murid-murid, guru-guru dan warga sekolah SKPKM, SJK(C) Yu Ying dan SK Semabok tentang betapa pentingnya hidup dalam perpaduan di samping menjaga kesihatan & kesejahteraan diri supaya tidak terkena penyakit demam denggi, keracunan makanan dan kepentingan menjaga keselamatan diri.
Antara aktiviti yang dimasukkan dalam program 2 hari ini adalah Demonstrasi Pertolongan Cemas dan CPR oleh Encik Nawawi Md Yasin dari PBSM Melaka, Taklimat Keselamatan Jalan Raya oleh Encik Fahmi Md Yusof dari JKJR, pameran oleh Jabatan Alam Sekitar, Wellness Health Lab, JKJR, Pejabat Kesihatan Daerah dan Hasil Kerja Murid.


Majlis Perasmian Penutup telah dilakukan oleh Ketua Sektor Pendidikan Khas dan Pendidikan Swasta JPN, Tuan Haji Mohamad Sapian bin Siran

Aktiviti untuk Hari Kokurikulum pula adalah Futsal dan Bola Jaring. Seluruh warga SKPKM dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan sama-sama bermain futsal/bola jaring pada hari tersebut.




Antara aktiviti yang dimasukkan dalam program 2 hari ini adalah Demonstrasi Pertolongan Cemas dan CPR oleh Encik Nawawi Md Yasin dari PBSM Melaka, Taklimat Keselamatan Jalan Raya oleh Encik Fahmi Md Yusof dari JKJR, pameran oleh Jabatan Alam Sekitar, Wellness Health Lab, JKJR, Pejabat Kesihatan Daerah dan Hasil Kerja Murid.
Majlis Perasmian Penutup telah dilakukan oleh Ketua Sektor Pendidikan Khas dan Pendidikan Swasta JPN, Tuan Haji Mohamad Sapian bin Siran
Aktiviti untuk Hari Kokurikulum pula adalah Futsal dan Bola Jaring. Seluruh warga SKPKM dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan sama-sama bermain futsal/bola jaring pada hari tersebut.
10 November, 2009
Lawatan Sambil Belajar Untuk Program Khidmat Masyarakat 2009
Hari ini, SKPKM telah menerima kehadiran pelajar-pelajar Tingkatan 2 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Sultan Muhammad, Batu Berendam bagi program di atas. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Kelas Belajar Bahasa Isyarat, Sesi Membuat Model daripada Bahan Terbuang, Membuat Bendera daripada straw dan aktiviti Gotong-Royong.
05 November, 2009
Persembahan 8 Powerpoint Terbaik & Majlis Penyampaian Sijil
Seramai 8 orang guru telah terpilih untuk membentangkan hasil kerja Powerpoint masing-masing. Pembentangan ini diadili oleh tiga orang juri iaitu Tuan Guru Besar SKPKM, GPK 1 SKPKM dan Guru ICT SKPKM bagi memilih tiga persembahan terbaik sekaligus menerima hadiah lumayan.
Setelah diadili, Cik Shazlin telah berjaya merangkul tempat pertama, diikuti oleh Cik Fatimah Tamjis di tempat kedua manakala tempat ketiga disandang oleh Cik Zaiwiyah. Tahniah dan Syabas kepada semua!
03 November, 2009
Penyerahan Sumbangan Hadiah daripada pihak luar
Sempena Pertandingan ICT Dalam P&P Peringkat Sekolah, PC World Sdn. Bhd. telah menyumbang hadiah buat pemenang-pemenang. Penyampaian hadiah dilakukan oleh wakil PC World (Jalan Ong Kim Wee) iaitu Encik Eric Lee Chee Yoong kepada GPK 1 SKPKM iaitu Puan Hajah Zainab Md Yasin. Antara sumbangan hadiah adalah berupa Beg Galas Komputer Riba, Webcam, Calculator, CD Wallet dan lain-lain.
Selain itu, Syarikat JAZA Services & Trading turut menyumbangkan 3 buah hamper untuk pemenang saguhati.
30 Oktober, 2009
PERKHEMAHAN PENGAKAP PERINGKAT SEKOLAH - KELA RESORT
Pada 6 - 8 Oktober yang lalu, seramai 20 orang murid SKPKM telah mengikuti perkhemahan pengakap peringkat sekolah bertempat di Kela Resort, Pahang. Program ini dianjurkan oleh Unit Ko-Kurikulum SKPKM yang turut disertai 7 orang guru pengiring.
Semua aktiviti yang dirancang telah berjalan lancar dan peserta yang mengikuti perkhemahan ini berasa gembira & seronok sepanjang program.
26 Oktober, 2009
Langgan:
Catatan (Atom)


