Seramai 8 orang guru telah terpilih untuk membentangkan hasil kerja Powerpoint masing-masing. Pembentangan ini diadili oleh tiga orang juri iaitu Tuan Guru Besar SKPKM, GPK 1 SKPKM dan Guru ICT SKPKM bagi memilih tiga persembahan terbaik sekaligus menerima hadiah lumayan.
Setelah diadili, Cik Shazlin telah berjaya merangkul tempat pertama, diikuti oleh Cik Fatimah Tamjis di tempat kedua manakala tempat ketiga disandang oleh Cik Zaiwiyah. Tahniah dan Syabas kepada semua!