Antara aktiviti yang dimasukkan dalam program 2 hari ini adalah Demonstrasi Pertolongan Cemas dan CPR oleh Encik Nawawi Md Yasin dari PBSM Melaka, Taklimat Keselamatan Jalan Raya oleh Encik Fahmi Md Yusof dari JKJR, pameran oleh Jabatan Alam Sekitar, Wellness Health Lab, JKJR, Pejabat Kesihatan Daerah dan Hasil Kerja Murid.
Majlis Perasmian Penutup telah dilakukan oleh Ketua Sektor Pendidikan Khas dan Pendidikan Swasta JPN, Tuan Haji Mohamad Sapian bin Siran
Aktiviti untuk Hari Kokurikulum pula adalah Futsal dan Bola Jaring. Seluruh warga SKPKM dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan sama-sama bermain futsal/bola jaring pada hari tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan