06 Mac, 2012

Majlis Persaraan Guru Besar - En. Ateh b. Salim

Pada 2 Mac 2012 telah berlangsung satu majlis persaraan Tuan Guru Besar SKPKM, En Ateh b. Salim. Majlis telah berlangsung di Dewan Terbuka SKPKM. Kehadiran Guru-guru Besar Sekolah-sekolah Pendidikan Khas, guru-guru besar sekolah sekitar SKPKM, Guru, Staf dan murid SKPK Batu Pahat, mantan Guru Besar SKPKM, serta beberapa teman rapat En. Ateh telah memeriahkan majlis yang diadakan. 



Hujung daksina merimbun celagi,
Beralun tualang indah bersemu,
Walau ke mana diriku pergi,
Insan sepertimu takkan ketemu.

Alangkah dinginnya menjelang senja,
Mentari terbenam diufuk barat,
Doaku ikhlas untukmu sahaja,
Bahagia di dunia hingga akhirat.

Selamat Bersara diucapkan kepada En Ateh bin Salim daripada warga SKPKM

1 ulasan:

  1. Terima kasih kepada warga SKPK Melaka yang bersusah payah mengadakan majlis persaraan saya, walaupun saya hanya genap setahun di situ (2 Mac 2011 - 2 Mac 2012).

    Perpisahan adalah suatu yang menyakitkan, apatah lagi kita baru saling mengenali antara satu dengan yang lain.

    Saya sentiasa berdoa agar kalian dirahmati Allah SWT. Ingatlah.... kita bukan mengajar tetapi mendidik. Mendidik umpama menitis air ke batu secara berterusan.

    SELAMAT MAJU JAYA

    BalasPadam